Tuesday, June 16, 2009

Rookies

Drama : Rookies
Episod : 11
Genre : Sukan
Rating Penonton : 14.8
Tv Siaran : TBS
Tahun 2008
Lagu Tema : Kiseki by Greeeen
Awards:
  1. 58th Tv Drama Academy Awards : Best Drama
  2. 58th Tv Drama Academy Awards : Best Actor (Sato Ryuta sbg Kawato Koichi)
  3. 58th Tv Drama Academy Awards : Best Supporting Actor (Ichihara Hayato sbg Aniya Keichi)
  4. 58th Tv Drama Academy Awards : Best Theme Song (Kiseki by Greeeen)
  5. 58th Tv Drama Academy Awards : Special Award (Nikogaku Nine)
  6. 13th Asian Tv Awards : Highly commended in the best drama series category

Rookies mengisahkan tentang sukan besbol di Sekolah Futakotamagawa. Kelab Besbol sekolah itu telah digantung aktiviti selama setahun dan ramai ahli kelab yang telah dibuang sekolah kerana telah menimbulkan pergaduhan dalam perlawanan.

Pengetua sekolah itu telah mengupah Kawato Koichi ke sekolah itu dengan tujuan untuk membuang saki baki ahli kelab besbol kerana kerap menimbulkan masalah di sekolah. Namun begitu, rancangan pengetua tersebut tidak berjalan lancar kerana Kawato dilihat berminat untuk menjadi penasihat besbol. Dia juga telah berusaha membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah itu untuk kembali ke landasan sebenar.

Pengetua tidak mampu berbuat apa-apa kerana Kawato bijak melindungi pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada Aniya, Shinjo, Mikoshiba, Sekikawa, Hiyama, Okada, Yufune, Wakana, Hirastuka dan Imaoka. Mereka ni semua sering bergaduh tak kira di dalam sekolah atau kat luar sekolah.
Dengan kedatangan Kawato ke sekolah itu telah banyak mengubah nasib pelajar-pelajar tersebut. Mereka semua tidak dapat dikenakan hukuman oleh sekolah. Mereka juga sudah mempunyai impian seperti mana yang sering dikatakan oleh Kawato. Impian mereka ialah dapat pergi ke Koishen.

Kalau nak tahu lagi... tengok lah cerita ni... mmg gempak habis...
aku bagi 9.5/10










No comments:

Post a Comment